Warga asing tawar khidmat seks ditahan

Warga asing tawar khidmat seks ditahan

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan lima individu warga asing yang disyaki melakukan kegiatan pelacuran dan empat rakyat tempatan yang bertindak sebagai pelanggan dalam Ops Gegar di sebuah premis di sini, semalam.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang, berkata mereka yang ditahan berusia antara 28 sehingga 41 tahun membabitkan rakyat Thailand.

“Seramai 22 anggota dan pegawai membuat pemeriksaan terhadap bilik premis berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati seramai lima warga asing disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral dan tinggal di negara ini tanpa pas yang sah.

“Turut ditahan empat rakyat tempatan yang mengaku sebagai pelanggan termasuk bekerja di premis berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati premis berkenaan menyediakan pakej khidmat seks bagi tempoh 30 minit sehingga 12 jam dengan kadar bayaran antara RM168 sehingga RM670.

“Semua urusan tempahan dilakukan hanya melalui aplikasi Wechat, Whatsapp dan Telegram,” katanya.

Kennith berkata, operasi dilakukan berdasarkan maklumat awam serta hasil risikan jabatan.

Beliau berkata, pihaknya turut menjumpai sejumlah kondom, cecair pelincir serta sejumlah wang dipercayai hasil daripada kegiatan terbabit.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng, dekat sini, untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas dan permit yang diberikan berpandukan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia selepas pas atau permit tamat atau dibatalkan.

“Selain itu, ada yang ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah,” katanya. BH

Warga asing tawar khidmat seks ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker