ADUN Larkin keluar parti?

ADUN Larkin keluar parti?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad dijangka mengumumkan keputusannya keluar BERSATU petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor itu berkata, pendiriannya berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) dan BERSATU juga dijelaskan petang ini.

“Ya, ke arah itu (meninggalkan BERSATU). Saya akan jelaskan petang ini semuanya,” katanya, hari ini.

Mohd Izhar dilaporkan akan mengadakan sidang media khas pada jam 4 petang ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mohd Izhar yang mewakili Pakatan Harapan (PH atas tiket BERSATU memenangi kerusi DUN Larkin dengan 25,012 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS dengan majoriti 8,590.

Khamis lalu, Ketua BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, meletak jawatan sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Mazlan yang juga ADUN Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, dilaporkan tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyokong kerajaan BN. BH

ADUN Larkin keluar parti?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker