PRN Johor : MB Johor Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

 

PRN Johor : MB Johor Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bagaimanapun berkata hasrat beliau untuk terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu belum dimuktamadkan lagi.

“Saya kalau boleh, dan diberi peluang sekali lagi, mahu bertanding di Benut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di DUN Benut di sini.

Hasni merupakan penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan pada PRU ke-14, menewaskan calon Bersatu Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.

Ditanya desas-desus adik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Aziz Shari, 33, yang dikatakan akan bertanding di kerusi itu, Hasni menjawab ringkas: “Lagi ramai lagi meriah.”

Awal hari ini, Aziz yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian dan anak jati Kampung Asam Kumbang, Benut diuar-uarkan antara calon disebut-sebut untuk bertanding kerusi itu menentang Hasni pada PRN akan datang.

Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor, berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda mengikut kehendak masyarakat sejajar dengan situasi terkini serta peredaran semasa.



Beliau berkata proses mengenal pasti calon sedang dilakukan dan akan dimuktamad kemudian.

“UMNO dan BN bukan statik dan berkembang ikut peredaran masa. Ketika ini, masyarakat mahu calon terdiri daripada orang muda dan muka baharu maka saya dan parti tidak abaikan apa juga saranan serta tuntutan pelbagai pihak dalam membentuk kerajaan Johor yang lebih stabil,” katanya.Hasni turut diminta mengulas tindakan ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar Bersatu semalam selain menyatakan sokongan kepadanya.

“Saya doakan beliau terus bergerak aktif dalam politik. Dalam tempoh 24 bulan beliau menyandang jawatan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, saya rasakan beliau sudah memahami cara kerja UMNO dan BN.



“Di situ saya rasa Mazlan lihat kita ada persefahaman dan menyebabkan beliau yakin untuk menyokong BN, UMNO serta kepimpinan saya,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula mengesahkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi DUN di kawasan Parlimen Pontian untuk memberi tumpuan pada tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Beliau turut menzahirkan sokongan penuh kepada Hasni untuk dicalonkan semula bagi DUN Benut.– BERNAMA

PRN Johor : MB Johor Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker