Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

SEKUMPULAN saintis Australia mendakwa mereka menemui satu objek berputar di galaksi Bima Sakti, yang tidak pernah dilihat atau direkodkan sebelum ini.

Objek berkenaan, yang kali pertama dikesan oleh seorang penuntut universiti, dilihat membebaskan tenaga radio selama seminit penuh setiap 18 minit, lapor BBC.

Objek yang melepaskan tenaga dalam sistem cakerawala sering didokumentasi, namun penyelidik berkata, sesuatu yang aktif selama seminit jarang terjadi.

Pasukan itu sedang berusaha mendapatkan lebih penjelasan mengenainya.




Perkara itu kali pertama diketahui penuntut Curtin University, Tyrone O’Doherty di sebuah wilayah terpencil di Australia Barat, yang dikenali sebagai Murchison Widefield Array. Dia menggunakan teleskop dan teknologi sokongan yang baru dibangunkannya.

O’Doherty merupakan sebahagian daripada pasukan yang diketuai pakar astrofizik, Natasha Hurley-Walker, dari cabang universiti berkenaan iaitu Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa (ICRAR).

“Objek itu muncul dan hilang selama beberapa jam sepanjang pemantauan. Ia sama sekali tidak diduga. Ia agak menyeramkan bagi seorang ahli astronomi kerana tiada yang seumpamanya di angkasa,” ujarnya melalui satu kenyataan.

Objek yang muncul kemudian menghilang dalam cakerawala bukan sesuatu yang baharu bagi ahli astronomi. Ia dikenali sebagai ‘transient’.
Namun, bagi onjek yang muncul dan aktif selama seminit penuh adalah ‘aneh’, menurut ahli astrofizik ICRAR-Curtin, Dr Gemma Anderson.

ICRAR menambah, setelah merujuk silang pada data yang dihimpunkan selama bertahun-tahun, pasukan itu dapat menyimpulkan bahawa objek tersebut berkedudukan 4,000 tahun cahaya dari Bumi, sangat terang dan mempunyai medan magnetik yang amat kuat.




Teori berkisar objek itu termasuklan sebuah bintang neuron atau ‘white dwarf’, iaitu istilah bagi sisa bintang yang jatuh.

Begitupun, masih banyak perkara dalam penemuan itu kekal misteri. Awani

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.