Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Hubungan terlarang melibatkan menantu dan ibu mertua di Indonesia yang menjadi tular di media sosial ‘semakin panas’.

Setelah skandal itu terbongkar, Rozy dilaporkan membuat aduan terhadap bekas isterinya, Norma Risma di balai polis Banten kerana mencemarkan nama baiknya pada Khamis lalu

Lelaki itu turut menegaskan dia dengan ibu mertuanya tidak berzina seperti yang didedahkan di media sosial hingga mengundang kecaman ramai.

Penasihat undang-undang mewakilinya, Jumhadi turut meminta Norma Risma mengemukakan bukti berhubung tuduhan kliennya melakukan hubungan intim dengan ibu kandungnya.

Sementara itu, Rozy menjelaskan insiden itu berlaku kerana salah faham.

“Saya cuma mahu curhat (mencurahkan perasaan) kepada ibu mertua saya. Mereka pula menuduh kami melakukan perbuatan tidak senonoh,” katanya.

Difahamkan, Rozy ditangkap penduduk setempat dalam keadaan tanpa seurat benang bersama ibu mertuanya.

Susulan insiden itu, Norma Risma berkongsi rasa sedih dan kecewa kerana dikhianati dua insan yang disayanginya menerusi Facebook.

Tidak lama selepas itu, Rozy pula membalas curahan hati tersebut dan menggesa supaya isterinya menutup aib keluarga mereka.

“Jika kamu sayang kepada kami, kamu tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum kerana kamu juga akan malu. Sekarang saya sudah dipecat. Sudah puas kamu memalukan saya hingga satu Indonesia tahu kisah kita?

“Untuk bekas isteriku, Norma Risma, sila bersabar kerana saya sedang kumpulkan bukti untuk menunjukkan saya bukan seteruk apa yang didakwa jiran tetangga,” balas Rozy. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker