Isu saham Menara KL: SPRM tahan 2 orang Datuk bertindak sebagai ‘orang tengah’ bagi pihak ‘atasan’

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bagi membantu siasatan pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur yang didakwa membabitkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Individu bergelar Datuk berusia antara 49 dan 59 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Sumber berkata, seorang daripadanya ialah pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL manakala seorang lagi ahli perniagaan bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pengambilalihan syarikat tersebut bagi pihak orang atasan.



Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada “orang atasan” bagi membantu pengambilalihan itu

SPRM sudah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia (TM).

Beberapa saksi termasuk pegawai kanan TM, Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Kementerian Komunikasi dan Digital serta syarikat terlibat diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.



Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat



Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker