Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp

Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp

Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dilantik sebagai Pengerusi Mara Corporation (Mara Corp) yang baharu.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

“Mara Corp merupakan institusi di bawah Mara yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak syarikat dalam sektor pelaburan dan pelbagai cabang perniagaan, salah satunya Pelaburan Mara Berhad.

“Dengan pengalaman luas Tan Sri Hamad Kama Piah dalam mengemudi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti PNB dan beberapa syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia termasuk mempelopori beberapa skim pelaburan seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan lain-lain, diharapkan mampu melonjakkan prestasi pelaburan dan penjanaan perniagaan Mara Corp.

“Ini sekali gus mampu meningkatkan dana Mara bagi memperkasakan agenda pembangunan sosioekonomi Melayu-Bumiputera,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Asyraf Wajdi turut menegaskan, Mara tidak akan berkompromi dalam aspek tadbir urus dan tata kelola yang baik bagi memastikan tiada pembaziran, ketirisan serta salah laku yang menjejaskan integriti agensi berkenaan di masa hadapan. Sinar

Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker