Zarina Zainuddin Mohon Maaf – Kerana Azal Azrai

Pelakon Zarina Zainuddin memohon maaf terhadap barisan artis yang nama mereka disebut anaknya, Azal Azrai dalam hantaran di Instagram yang mendakwa mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

Zarina ketika dihubungi berkata, dia sebagai rakan memohon maaf sekiranya mereka tersinggung dengan tindakan anak istimewanya itu.

“Saya pun perlu menjaga hati orang dan sebagai manusia, saya juga ada melakukan kesalahan. Kadang-kadang, kita terlepas pandang,” katanya kepada Harian Metro.



Menurut Zarina, Azal atau nama sebenarnya, Muhammad Razal Azrai, 25, yang menghidap autisme menulis atau mengeluarkan kata-kata mengikut hatinya.

“Dia sendiri yang mengendalikan akaun Instagram itu dan Azal memang anak yang jujur. Dia tak tahu nak cakap berpusing-pusing. Dia suka tengok berita dan tahu banyak perkara mengenai isu semasa. Dah macam wartawan pula.

“Saya kadang-kadang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat nak memantau. Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus,” katanya.



Menurut Zarina, walaupun anaknya itu anak istimewa, dia benar-benar menjaga SOP setiap kali keluar atau menemaninya ketika berada di lokasi penggambaran.

“Dia sendiri sangat menjaga SOP. Dalam begnya ada banyak cecair pembasmi kuman dan selalu bawa banyak pelitup muka. Kalau masuk ke pusat beli-belah, dari pintu masuk hingga ke semua kedai, dia akan imbas kod MySejahtera dan suhu badan.

“Kadang-kadang, saya pun dia ingatkan supaya menjaga jarak fizikal, selalu memakai pelitup muka dan jaga SOP,” katanya.

Semalam, Azal memuat naik foto beberapa selebriti tanah air dan mendakwa mereka sebagai suspek yang melanggar SOP, antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami.



“AKAN KU JAGAMU HINGGA KE SYURGA” – ZARINA DEDAH PERANGAI AZIL, MANDI SEHARI 10 KALI



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker