Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang tidak menyokong keputusan parti yang menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau menyedari ada lima ADUN BN Sabah tidak menyokong tindakan parti.



“Bagi saya keputusan parti adalah muktamad dan kita mengambil apa juga langkah dan tindakan tegas termasuk tindakan disiplin kepada mana-mana ADUN UMNO yang khianat tidak menyokong keputusan parti,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Sabah di sini, semalam.

Beliau dalam pada itu menyatakan bahawa BN Sabah mempunyai 18 ADUN termasuk ADUN Segama iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai siapa lima ADUN berkenaan, beliau tidak mahu menyatakan secara jelas namun sekali lagi menegaskan bahawa keputusan itu dilakukan oleh parti.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau peralihan kerajaan, Bung Moktar berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.



Diminta mengulas jika beliau ada melakukan pertemuan dengan Presiden Parti Warisan (Warisan), Bung Moktar berkata, ada banyak pertemuan sebelum ini.

Sementara itu ditanya mengenai kehadiran ADUN BN yang mengadakan pertemuan dengan Hajiji pada Khamis, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan menjelaskan bahawa ia adalah atas persetujuan Bung Moktar.

“Sebenarnya saya semalam berada di rumah Hajiji adalah atas persetujuan dan restu daripada Pengerusi kita untuk saya membawa misi mandat daripada Pengerusi untuk saya sampaikan kepada beliau,” katanya. -SH

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib



Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker