Konflik Politik Sabah Boleh Jejaskan Kerajaan Perpaduan – Penganalisis

Konflik yang berlaku di Sabah boleh menjejaskan kerajaan di peringkat Persekutuan sekiranya ada pemimpin parti ‘terasa hati’ dan bertindak menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Penasihat Utama Pacific Research Center of Malaysia, Oh Ei Sun berkata, ia boleh berlaku kerana Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UMNO dan Parti Warisan Sabah (Warisan) merupakan parti komponen dalam kerajaan pusat.

“Mungkin campur tangan secara tidak langsung daripada Kerajaan Persekutuan dapat menstabilkan situasi politik di Sabah.



“Umpamanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melantik salah seorang, atau dua daripada semua personaliti utama ini sebagai menteri persekutuan, mungkin Shafie atau Bung Moktar.

“Hajiji bukan Ahli Parlimen, tetapi boleh dilantik sebagai Senator. Jika dapat dibuat sedemikian, mungkin boleh distabilkan politik di Sabah buat sementara.

“Tetapi berapa lama sementara ini, kita masih tidak tahu,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Tambah beliau, Anwar boleh campur tangan secara terus dalam situasi itu namun beliau akan berdepan kesukaran kerana apa saja keputusan dibuat, ia pasti akan mengecewakan salah satu pihak.



Astro AWANI pada Jumaat melaporkan Perdana Menteri memberi gambaran situasi politik di Sabah kembali tenang susulan dakwaan berlaku gerakan untuk menjatuhkan Hajiji selaku Ketua Menteri.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, beliau telah menghubungi pemimpin tertinggi setiap parti termasuk UMNO, Parti Warisan (Warisan) dan DAP untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung keadaan di Sabah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker