Polis tahan 4 lelaki minta wang perlindungan

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dipercayai melakukan pemerasan dengan meminta RM150 sebagai wang perlindungan bulanan daripada pemilik sebuah restoran di Taman Melawati, dekat Ampang, semalam.

Suspek berusia 27 hingga 44 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Taman Melawati di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata turut dirampas tiga telefon bimbit, sebuah kenderaan bersama kuncinya dan sekeping sampul mengandungi wang tunai disyaki bayaran perlindungan.

“Siasatan awal mendapati suspek meminta wang perlindungan bulanan dan jumlahnya mengikut seikhlas hati. Dalam kes ini, sebanyak RM150 diberikan dan ia kali pertama.

“Soal siasat suspek membawa kepada pengakuan melakukan pemerasan berkenaan. Pemeriksaan lanjut pula mendapati seorang suspek ada dua rekod jenayah, manakala keempat-empatnya negatif dadah hasil ujian saringan air kencing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semua suspek masih dalam tahanan reman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Polis tahan 4 lelaki minta wang perlindungan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker