Isu sedekah undi: PAS, rakyat Malaysia bukanlah bodoh

IPOH – UMNO Perak menyifatkan pemberian sedekah ketika musim pilihan raya dengan tujuan mempengaruhi pengundi untuk menyokong mana-mana calon adalah rasuah.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sedekah merupakan perbuatan kebajikan dengan membantu orang susah yang dilakukan sepanjang masa dan bukan bermusim

Jelas beliau, amat jelas jika pemberian yang dikatakan sedekah itu diberikan ketika musim pilihan raya bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan meraih undi.



“Janganlah anggap rakyat Malaysia ini tak reti sangat maksud sedekah. Dalam erti kata lain kalau ikut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), mana-mana pihak memberi dalam apa jua bentuk, dia bagi wang ke, bagi sampul ke, bagi tanah ke dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi mengundi dia, itu adalah rasuah.

“Sedekah ini kita bagi berbuat kebajikan kepada orang miskin. Jadi kalau tiba-tiba musim pilihan raya pula nak berbudi, itu menyalahgunakan perkataan sedekah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Pelancaran Projek Piccadilly@Greentown di sini pada Selasa.

Turut berangkat menyempurnakan perasmian tersebut, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.

Dalam perkembangan sama, Saarani mengalu-alukan mana-mana pihak di negeri ini yang mempunyai bukti dan maklumat pemberian wang daripada calon mahu pun parti politik untuk membuat laporan kepada SPR.



Jelasnya, perbuatan tersebut jelas merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh diambil tindakan.

“Saya tak ada kepastian (berlaku pemberian wang kepada pengundi) sebab kita pun tak ada menghantar mana-mana perisik untuk ambil gambar. Tapi kita tak berani untuk mengatakan tidak ada (rasuah pengundi) cuma secara prinsipnya dengan apa cara sekalipun, jelas menjadi kesalahan pilihan raya bagi mana-mana yang terlibat.

“Jika sekiranya ada orang yang berani mengaku menerima wang daripada sesiapa calon dan ada bukti yang sahih, dia boleh mengadu kepada SPR dan polis untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Pas Perak dalam satu kenyataan pada Isnin menyifatkan kenyataan UMNO yang menyamakan budaya sedekah dengan amalan rasuah sebagai kecelaruan yang boleh membahayakan negara.



Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, ini kerana budaya pemberian derma yang menjadi tuntutan agama telah dihidupkan oleh Pas sejak sekian lama.

Sabtu lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanya sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker