Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bahagian parti itu di Alor Setar sepakat menerima dengan hati terbuka keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang memutuskan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Katanya, pendirian tidak berbelah bahagi itu dizahirkan secara jelas selepas perjumpaan jawatankuasa Umno bahagian Alor Setar bersama sayap parti serta kepimpinan akar umbi di peringkat cawangan.

Beliau berkata, kesemua ahli menyatakan pendirian teguh terhadap keputusan PAU 2022 menerusi kenyataan daripada pemangku Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Zambri Mat.

“Keputusan perwakilan Umno pada PAU 2022 untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden telah melalui proses usul, bahas dan diundi mengikut tatacara demokrasi yang selayaknya,” katanya menurut Sinar Harian.

Shaiful berkata, Umno bahagian Alor Setar berpendirian, keputusan majoriti ahli parti itu wajar dihormati dan tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

“PAU 2022 telah pun selesai, adalah penting bagi seluruh ahli Umno meneruskan agenda, dasar dan hala tuju baharu khususnya mengembalikan penyatuan dalaman parti melalui satu titik persamaan meskipun berbeza pandangan,” katanya.

Ketupusan PAU 2022 baru-baru menyaksikan Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan masing-masing menjawat jawatan presiden dan timbalan presiden terselamat.

Semalam, seorang AJK Umno bahagian itu mahu mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang diluluskan pada PAU baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ahmad Shokri Yaacob berkata, bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.

“Kita akan hantar bantahan kepada JPPM. Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan.”

Baru-baru ini, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.

Beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker