Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih yang mengelak pemeriksaan polis dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sejauh 130 kilometer ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 20 dan 18 tahun berada di dalam sebuah kereta Proton Persona diparkir di kawasan rekreasi Adda Height di sini.

Beliau berkata ketika anggota polis yang membuat rondaan ingin membuat pemeriksaan, kedua-dua suspek warga tempatan itu cuba melarikan diri.

“Suspek terus mengundurkan keretanya dan melanggar kereta peronda polis (MPV) polis sebelum melarikan diri serta telah dikejar sejauh kira-kira 130km.

“Enam MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dan empat MPV dari IPD Johor Bahru Utara (JBU) turut membantu untuk menahan pasangan terbabit hingga di KM76.6 lebuh raya Johor Bahru-Ayer Hitam, sebelum mereka ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, berdasarkan siasatan awal, pasangan berkenaan melarikan diri kerana sedang berdua-duaan dalam kereta dan terkejut apabila melihat MPV polis menghampiri kenderaan mereka.

Polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM168.

“Kedua-dua yang ditahan telah dibenarkan untuk direman oleh Majistret Mahkamah Johor Bahru di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu),” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat di laman Facebook memaparkan kejadian melibatkan beberapa kereta polis mengejar sebuah Proton Persona di Jalan Skudai di sini. BH

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker