Umno Alor Setar ingin cabar keputusan tiada pemilihan ‘top 2’ di JPPM

Umno Alor Setar ingin cabar keputusan tiada pemilihan ‘top 2’ di JPPM

Umno Alor Setar ingin mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang diluluskan pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kata seorang AJK bahagian.

Ahmad Shokri Yaacob berkata bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.

““Kita akan hantar bantahan kepada JPPM,” katanya kepada FMT. “Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan.”

Semalam, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.

Beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

Shokri yang juga salah seorang perwakilan pada PRU 2022 minggu lalu mendakwa tidak semua ahli yang bangun menyokong usul tersebut bersetuju jawatan “top two” tidak dipertandingkan, tetapi tidak mahu dituduh ‘jahat’.

“Selepas balik ke kawasan mereka bersuara dan kedengaran mereka menentang jawatan presiden dan timbalan tak dipertandingkan,” katanya.

Shokri menyifatkan dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, dan menurutnya pernah melalui pelbagai ‘krisis’ dalaman termasuk ketegangan antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1988.

“Krisis kepercayaan di akar umbi sekarang lebih teruk. Saya bimbang dalam mesyuarat akan datang tidak ada suara yang akan datang untuk bermesyuarat,” katanya.

“Kita kena bagi balik mandat kepada akar Umno – siapa yang mereka nak memimpin parti. Dulu kita ghairah desak supaya PRU diadakan cepat, sepatutnya pemilihan parti juga begitu.”

Sementara itu, Mohd Yusof Ismail, yang sebelum ini ketua Umno Alor Setar sebelum keahliannya digantung, berkata ahli parti berhak minta JPPM teliti keputusan PAU 2022 itu.

“Jangan ada pemimpin kena macam saya bila bersuara kerana sayangkan parti,” katanya.

Keahlian Yusof sebelum ini dilaporkan digantung selama enam tahun, yang menurutnya atas sebab yang tidak dimaklumkan. FMT

Umno Alor Setar ingin cabar keputusan tiada pemilihan ‘top 2’ di JPPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker