Impak keputusan Zahid kekal sebagai Presiden, orang Melayu akan diterjemahkannya dalam PRN

Impak akar umbi boleh dinilai semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sama ada mereka menyokong atau sebaliknya kepemimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi susulan keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan akan datang.

Sekiranya prestasi UMNO lebih buruk dengan kalah lebih teruk dalam PRN di enam negeri itu, ia bakal menjadi isyarat kesan tindak balas akar umbi yang menolak Ahmad Zahid sekali gus memberi kesan lebih teruk kepada parti.

Bagaimanapun, jika UMNO berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ia petanda positif terhadap kepemimpinan Ahmad Zahid.

Pensyarah Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, keputusan tidak mempertandingkan jawatan tertinggi parti dalam pemilihan bukan perkara baharu atau mengejutkan.

Namun, menurut beliau, apa yang menjadi isu besar ketika ini adalah pencapaian UMNO di bawah Ahmad Zahid sehingga menyaksikan mereka hanya menang 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, dalam PRU14, ketika UMNO atau Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerajaan, Presiden ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab mengundur diri sekali gus membuka ruang kepada pemilihan jawatan tertinggi itu.

“UMNO di bawah Ahmad Zahid ketika ini sangat lemah dengan hanya menang 26 kerusi selain terpalit isu mahkamah beliau namun masih memegang tampuk kepemimpinan.

“Kalau dalam PRN nanti UMNO dapat kembali semula meraih sokongan rakyat atau menang ia akan memberi kesan positif kepada kepemimpinan Ahmad Zahid.

“Kalau kalah lebih teruk ia akan menjadi masalah lebih besar kepada Ahmad Zahid dan UMNO sendiri,” katanya.

Baru-baru ini akhbar ini melaporkan, Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar
Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.

Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila termasuk melibatkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan.

Mengulas lanjut, Muhammad Izmer berkata, impak terhadap UMNO atau barisan kepemimpinan tertinggi parti itu boleh dilihat jika proses demokrasi berlaku iaitu membabitkan pertandingan dua jawatan tertinggi itu.

“Namun ia tidak dapat dilihat apabila tidak berlaku pertandingan. Impak akan dapat dilihat dalam PRN bagaimana akar umbi menterjemahkan tindak balas mereka,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker