PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pencetus Ummah (PU) Syed di Instagram baru-baru ini dilihat ada menggesa pihak Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk melaksanakan penapisan yang sewajarnya terhadap sebuah filem berjudul Pulau yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Filem thriller arahan Euho terbitan My Way Pictures ini menurut PU Syed mempunyai adegan melampau selain gaya pemakaian pelakon terutamanya aktres wanita yang terlalu menjolok mata.



Mohon pihak FINAS tapis-setapisnya filem ini yang banyak adegan dan gaya pemakaian yang sangat mencolok mata dan tak sesuai ditayangkan khas buat umat Islam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan hujah PU Syed itu munasabah dan ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana ramai pelakon Islam turut berlakon dalam filem berkenaan.

Sorry to say aku tak tengok filem-filem Malaysia. Tapi kalau gini punya filem, baik buat filem porno je.
Setuju, artis dan pengarah filem yang terlalu obses dengan watak tapi tak nak obses dengan ajaran agama dan perintah Allah. Jangan tapis, haramkan terus.

Sekadar info, filem Pulau bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac ini dan ia turut menampilkan pelakon seperti Amelia Handerson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sabronzo, Harris Anuar, Pui Yi, Sanjna Suri, Joey Leong, Mark O’Dea, Ms Puiyi dan ramai lagi. Bn



PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah



Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker