Warga tempatan mengamuk, Bangladesh buat rumah sebagai tempat sembelih ayam dan kolam ikan keli [VIDEO]

BUKIT MERTAJAM – Warga Bangladesh ubah suai rumah menjadi premis perniagaan malah turut dijadikan tempat menyembelih ayam dan kolam ternakan ikan keli.

Itu antara perniagaan haram dipercayai telah beroperasi sejak sekian lama di Taman Nagasari, Perai di sini yang didalangi oleh kumpulan warga asing.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain berkata, isu yang membelenggu taman perumahan itu bukan perkara baharu malah berlarutan sejak berapa tahun lamanya menyebabkan peniaga tempatan di sekitar kawasan itu tidak boleh cari makan.

“Penduduk rasa kurang selamat disebabkan pendatang asing yang semakin ramai.

“Lebih 10 rumah dijadikan tempat mereka berniaga antaranya kedai runcit, menjual makanan serta minuman, dandanan rambut dan lebih mengejutkan, ada juga yang menternak ayam serta ikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai video yang tular di laman sosial kerana mengecam tindakan seorang peniaga di Taman Nagasari itu, Mohd Sophian berkata, perkara itu disebabkan pengusaha kedai berkenaan masih lagi beroperasi walaupun sebelum ini pernah diarahkan berpindah oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dua tahun lalu.

Beliau mendakwa, tindakan peniaga terbabit yang masih berani menjalankan perniagaan rumahnya itu tanpa dikenakan tegas oleh pihak berkuasa seolah-olah seperti wujudnya penyalahgunaan kuasa dan unsur rasuah.

“Bayangkan dalam kawasan rumah itu mereka jadikan kedai runcit dan jual makanan, boleh bela dan sembelih ayam malah turut dijual ikan keli yang dibela dalam kolam.

“Saya difahamkan pemilik kedai berkenaan wanita warga tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing namun itu bukan lesen untuk dia berniaga sesuka hati di depan rumah,”katanya.

Sementara itu, MBSP dalam kenyataan menafikan dakwaan berkenaan yang dikatakan tidak berasas.

Tegasnya, MBSP tidak berkompromi dengan pihak peniaga dalam membenarkan aktiviti perniagaan yang dikendalikan warga asing di premis tersebut dijalankan tanpa lesen perniagaan MBSP yang sah.

“Pihak MBSP ingin memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan MBSP yang sah terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti seperti di Taman Nagasari sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.

“Antara tindakan proaktif serta tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh MBSP di Taman Nagasari ialah membincangkan pelan tindakan serta isu-isu berkaitan aktiviti perniagaan warga asing di dalam Mesyuarat Pasukan Kerja Penyelesaian Masalah Kedai Warga Asing di Seberang Perai yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, MBSP telah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terhadap aktiviti-aktiviti perniagaan warga asing dan warga tempatan di Taman Nagasari.

“Berdasarkan kepada penguatkuasaan yang dijalankan, 15 premis perniagaan daripada 19 premis perniagaan telah berhenti menjalankan aktiviti perniagaan.

“13 Notis Tawaran Kompaun, 18 Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan, 17 tindakan penguatkuasaan rampasan dan lapan tindakan meroboh binaan tanpa kebenaran telah dijalankan pada 12 Oktober 2022 di kawasan Taman Nagasari,” tegasnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker