Didera, dibuang tepi jalan

Didera, dibuang tepi jalan

Kajang: Kanak-kanak lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia tiga hingga empat tahun itu ditemukan orang awam pada jam 11.30 malam.



“Susulan itu sepasukan anggota polis ronda cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, hasil pemeriksaan lanjut terhadap mangsa tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.

“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.



“Mangsa kemudiannya dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Polis menyeru orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini menghubungi mana-mana balai polis berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 bagi membantu siasatan,” katanya. HM

Didera, dibuang tepi jalan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker