Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan disandangnya pada pemilihan parti yang akan diadakan nanti.

Asyraf Wajdi berkata langkah tersebut diambil sebagai mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan BN menarik sokongan pengundi muda dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Saya boleh menyatakan secara terus terang seperti saudara Shahril (Hamdan), saya mohon maaf atas kesilapan saya, kegagalan saya memimpin anda semua.

“Saya ambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan saya,” katanya ketika ucapan penggulungan perhimpunan agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata dia telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai ketua Pemuda Umno lebih awal, iaitu pada malam BN tewas pada Nov tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, hasrat itu dihalang Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker