Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson

PORT DICKSON – Berang wang tidak keluar, seorang lelaki bertindak merosakkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah bank di Lukut di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan lelaki berusia 50 tahun itu bagaimanapun membawa padah apabila dia ditahan polis pada hari sama kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan bank berkenaan kerana melakukan khianat.

“Pada Isnin, polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 54 tahun, bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah bank di Pekan Lukut, menyatakan seorang lelaki datang ke bank itu pada jam 11.10 pagi untuk mengeluarkan wang.

“Lelaki itu kemudiannya, tiba-tiba telah menumbuk skrin mesin ATM walaupun telah dihalang oleh pengawal keselamatan.

“Bertindak atas maklumat, dia telah ditahan di hadapan bank itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, suspek mengaku telah merosakkan mesin ATM pengeluaran wang kerana marah wang tidak keluar dengan umlah kerosakan dianggarkan lebih kurang RM500.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Aidi Sham berkata, berdasarkan semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan jenayah dan dadah.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati suspek negatif bahan terlarang.

“Suspek telah direman selama dua hari bermula hari ini di lokap Balai Polis Port Dickson.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan mendapat arahan pertuduhan bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker