RUU anti lompat, Mat Sabu ugut turun ke jalan

Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja) menggesa kerajaan membentangkan segera Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen atau beliau dan Ahli Parlimen pembangkang akan turun mendesak ke jalan raya.

Beliau berkata, ia berikutan kerajaan seperti tidak mempedulikan suara rakyat sekiranya tiada gesaan seperti ribuan rakyat turun ke jalan raya.

“Akta Anti Lompat Parti mesti disegerakan. Kalau tidak ada Akta Anti Lompat Parti ini bagaimana nak praktikkan Parlimen demokrasi yang subur.

“Inilah jadi halangan terbesar sekarang ini. Kalaulah Akta Anti Lompat Parti tak dikenakan sekarang ini atau dalam sidang khas Parlimen, saya dan rakan-rakan barangkali akan kembali ke jalan raya, desak.

“Sebab kita lihat cakap melalui Parlimen ia tidak dipedulikan. Barangkali dia mahu ratusan ribu rakyat berada di jalan raya barulah mahu dengar suara rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022.

Jumaat lalu, Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jemaah Menteri memutuskan RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut bagi memastikan pindaan itu mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu berkata ini adalah amaran terakhir daripadanya berhubung gesaan itu.

Beliau berkata, ia berikutan selepas “Langkah Sheraton”, banyak pembaziran dilihat berlaku dalam siri melaksanakan pilihan raya negeri (PRN).

“Daripada Sabah, PRN dipaksakan menelan RM130 juta. PRN Melaka memakan RM45 juta, dan PRN Johor memakan RM96 juta.

“Ertinya PRN dipaksakan lebih lagi musim Covid-19 menelan jumlah besar. Ini hasil daripada ‘Langkah Sheraton’. Sebab itu perlu disegerakan. Jangan main-main,” katanya. FMT

RUU anti lompat, Mat Sabu ugut turun ke jalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker