Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’

Syarikat platform e-dagang terkemuka, Shopee telah menggantung perkhidmatan seorang penghantar makanan susulan penularan klip videonya melemparkan kata-kata lucah berunsur gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, tindakan tatatertib itu dibuat bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.

“Sebarang tingkah laku buruk adalah bertentangan dengan dasar syarikat kami dan tidak boleh diterima.



“Kami telah mengambil tindakan tatatertib segera untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang, termasuk menggantung perkhidmatannya,” katanya.

Video yang tular semenjak Isnin itu memaparkan penghantar makanan berkenaan mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada wanita tersebut ketika sedang menyarung seragam Shopee.

Penghantar makanan itu juga turut mencabar supaya tindakannya itu dilaporkan kepada polis.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati teman lelaki wanita itu, lalu rakaman tersebut dimuat naik di media sosial.



Sementara itu, Shopee turut menambah, pihaknya sedang berhubung dengan pasangan tersebut bagi permohonan maaf atas pengalaman buruk itu.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan mengingatkan kepada semua staf tentang kod kelakuan dan tindakan serius yang mungkin berlaku jika mereka gagal mematuhi piawaian perkhidmatan yang kami harapkan,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur



Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker