Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled

Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled

Sebarang tindakan disiplin terhadap pemimpin Umno termasuk daripada komponen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri perlu melalui proses sewajarnya, kata Khaled Nordin.

Naib presiden Umno itu berkata, tindakan tindakan boleh semberono, bahkan ia perlu berpaksikan keadilan kepada semua pemimpin terlibat ke arah “pembersihan menyeluruh”.

“Semua itu akan melalui proses bukannya dilakukan dengan cara semberono dan supaya keadilan diberikan kepada semua,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Beliau mengulas langkah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan 10 nama Ahli Parlimen BN menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Pada 11 Jan, Zahid berkata, tindakan beliau mendedahkan nama berkenaan menerusi taklimat presiden bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku untuk dijadikan pengajaran kepada BN terus bergerak ke hadapan.

Mengulas lanjut, Khaled yang juga menteri pengajian tinggi berkata, amaran presiden kepada semua pemimpin dan ahli Umno juga wajar dalam keadaan parti yang tidak lagi kuat dan kukuh seperti dahulu.

“Paling utama untuk parti adalah mesti ada kesepakatan dan kerjasama,” katanya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi sebelum ini mendedahkan 10 Ahli Parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ialah Hishammuddin Hussein (Sembrong), Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Jalaludin Alias (Jelebu).

Turut dinamakan M Saravanan (Tapah), Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), Isam Isa (Tampin), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis). FMT

Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker