Segerakan penubuhan Majlis Ulama Umno – Zahid

Segerakan penubuhan Majlis Ulama Umno – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Majlis Ulama Umno yang pernah diusulkan sebelum ini perlu disegerakan penubuhannya.

Katanya, usaha itu merupakan salah satu daripada hala tuju perlu dibuat supaya Umno dapat maju ke hadapan.

“Kita juga perlu mendekati kumpulan-kumpulan ulama yang saya percaya ramai di luar sana bersedia untuk bersama dengan kita,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Fathul Bari Mat Jahaya ketika ditemui berkata, beliau sudah mencadangkan penubuhannya pada PAU 2010 sambil menambah keperluan itu berdasarkan pindaan Perlembagaan Umno pada 2019 yang meletakkan Islam pada dasar perjuangan parti.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa penubuhan itu untuk menggambarkan Umno lebih Islam daripada parti lain.

“Kita mahu parti keluarkan idea yang lebih progresif, mendekati isu yang menekan rakyat di bawah, sentuh ekonomi, politik sederhana.. saya mahu ia diluluskan sebagai badan islamik yang lebih progresif.

“Majlis itu juga menjadi tempat Umno buat dasar, bahaskan isu secara luas, terangkum, bincang soal halal dan haram. Kita kena tegakkan Islam sebagai dasar perjuangan, tunjukkan Islam ada nilai,” katanya. FMT

Segerakan penubuhan Majlis Ulama Umno – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker