Keahlian gugur jika sertai pakatan politik tanpa Umno

Keahlian gugur jika sertai pakatan politik tanpa Umno

Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini meluluskan dua pindaan perlembagaan parti termasuk membabitkan ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya gugur keahlian dengan sendirinya.

Mereka yang menyertai pakatan lain yang Umno tiada dalam pakatan itu, juga akan tergugur keahliannya secara automatik.



Pindaan yang melibatkan Fasal 20.11 itu untuk disesuaikan dengan peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti sebagaimana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dikuatkuasakan mulai 5 Okt lepas.

Pindaan lain yang diluluskan ialah meletakkan ketua penerangan bahagian sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno setiap tahun, melibatkan pindaan pada Fasal 8.4.

Kelulusan kedua-dua pindaan tersebut disahkan Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruldin yang menyatakan pindaan tersebut lulus dengan lebih suara bersetuju.

Terdahulu Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan pindaan tersebut berkata ia dipinda bagi memastikan peruntukan oleh parti bersifat terkini dan selari dan peruntukan semasa dan undang-undang negara.



Perhimpunan agung kali ini melibatkan 2,648 perwakilan dan 174 pemerhati, iaitu ketua penerangan bahagian, menjadikan jumlahnya 2,822 orang. Mk

Keahlian gugur jika sertai pakatan politik tanpa Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker