Tarik balik keputusan gantung saya -Tajuddin

Tarik balik keputusan gantung saya -Tajuddin

Tajuddin Abdul Rahman memohon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menarik balik penggantungan keahliannya selama enam tahun dengan segera.

Bekas ketua Umno Pasir Salak itu berkata, segala pertuduhan terhadapnya tidak disebutkan dengan jelas dan tanpa sebarang bukti, malah beliau juga tidak diberi peluang membela diri atas pertuduhan berkenaan.



“Saya ingin memohon kepada MKT supaya memberikan keadilan kepada saya serta menarik balik keputusan penggantungan tersebut dengan seberapa segera, bagi tujuan mengembalikan semula perpaduan dan keutuhan Umno Pasir Salak.

“MKT telah membuat keputusan berdasarkan tohmahan dan fitnah orang tertentu yang hendak menjatuhkan kerjaya politik saya. Mereka terdiri daripada beberapa ahli jawatankuasa Umno bahagian Pasir Salak telah berpakat dengan pegawai di ibu pejabat Umno,” katanya dalam surat kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang dilihat FMT.

Dalam itu, Tajuddin berkata bantuan kewangan kepada jentera parti berjumlah melebihi RM1 juta dihulurkannya atas dasar cintakan parti serta inginkan ketiga-tiga kerusi Parlimen Pasir Salak dipertahankan Umno, biarpun tidak dinamakan sebagai calon dalam PRU lalu.

“Saya telah berkempen siang dan malam sepanjang tempoh kempen tanpa henti serta menyuntik semangat kepada jentera parti,” katanya.



Keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mati”.

Keputusan itu dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun 2022.

Beliau turut menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas penyingkirannya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus kekal setia kepada Umno.



Pada 5 Jan lalu, Ketua Penerangan Umno Isham Jalil mengesahkan rayuan Tajuddin berhubung tindakan penggantungan keahliannya sebelum ini ditolak MKT.

Isham berkata, permohonan Tajuddin itu bersandarkan kepada keputusan Lembaga Disiplin parti sebelum ini. FMT

Tarik balik keputusan gantung saya -Tajuddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker