Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah

Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah

Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menghentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindak balas terhadap peraturan penebangan hutan baharu yang dicadangkan EU.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, tindakan itu adalah antara pilihan yang boleh dilakukan negara bagi menangani kempen EU yang sejak beberapa tahun lepas agak negatif terhadap industri minyak sawit.

Tegasnya, Malaysia juga bercadang untuk melibatkan Indonesia, yang merupakan pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar dunia dalam perbincangan berkaitan sekatan eksport itu.

“Jika kita perlu melibatkan pakar dari luar negara untuk menentang sebarang keputusan yang dibuat oleh EU, kita perlu melakukannya.
“Pilihan lain ialah berhenti mengeksport ke Eropah, dan memberi tumpuan kepada negara lain, jika mereka terus menyukarkan kita.

“Kami percaya pemain industri di Eropah masih akan mengimport minyak sawit kami,” katanya pada Seminar Kajian dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2023 pada Khamis seperti dilaporkan The Edge Markets.

Tambah beliau, peraturan penebangan hutan baharu dikuatkuasakan EU boleh menafikan kemajuan dicapai oleh pemain industri minyak sawit Malaysia terutamanya dalam usaha menghasilkan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

“Minyak sawit dianggap sebagai minyak yang paling murah tersedia, dan keputusan EU yang sentiasa berubah-ubah kelihatan seperti halangan perdagangan untuk melindungi produk mereka.

“Di sinilah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) perlu masuk campur untuk memastikan sekatan perdagangan yang tidak adil itu dapat dihapuskan.

“Paling penting, kita perlu membuat mereka (EU) memahami bahawa kita mematuhi piawaian antarabangsa, seperti pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO),” tambahnya.

Eropah adalah pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia, menyumbang sembilan peratus daripada jumlah eksport keseluruhan.

Menurut peraturan penebangan hutan yang dicadangkan, enam komoditi – minyak sawit, lembu, kayu, soya, koko dan kopi, dan hasil produknya- yang ditanam atau diternak di atas tanah yang mengalami penebangan hutan atau degradasi hutan akan diharamkan daripada memasuki EU.

Untuk rekod, Indonesia dan Malaysia adalah dua pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada bekalan global. Aw

Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker