Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?

Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa kumpulan perwakilan berteriak ‘boo’ semasa ucapan usul tambahan berkaitan jawatan penting parti di Perhimpunan Agung Umno 2022 semalam, dibayar RM300.

Beliau mendakwa mengetahui perkara itu selepas bertemu sendiri dengan wakil perwakilan sebaik perhimpunan ditangguhkan petang semalam.

Menurutnya, kumpulan perwakilan itu mengakui diupah oleh puak Khairy Jamaluddin yang bertujuan menghuru-harakan perhimpunan dan memastikan jawatan Presiden dipertandingkan.

“Memang saya tak nampak ada orang bayar tapi pengakuan mereka selepas saya jumpa mereka. Sampai RM300 seorang dibayar, saya ingatkan RM50 saja rupanya nilainya lagi mahal.

“Lagi kuat suara mereka ‘boo’ lagi banyak dapat bayaran, itu yang dimaklumkan,” katanya dalam sidang media di Laman Media Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Jamal berkata, beliau akan membuat laporan polis dan laporan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan lanjut.

Semalam, Perhimpunan Agung Umno hangat apabila perwakilan Negeri Sembilan mencadangkan usul tambahan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Cadangan usul itu dikemukakan wakil Umno Bahagian Rembau Mohd Shukri Shamsudin pada ucapannya sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden.

Usul itu kemudiannya disokong oleh perwakilan Terengganu merangkap Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Usul yang dikemukakan itu mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan yang mana ada suara teriakan ‘boo’ dan ada juga yang bertepuk tangan di Dewan Merdeka WTCKL. HM

Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker