Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal

Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal

Kenyataan Khairy Jamaluddin mengenai wujud komplot untuk meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang, berniat jahat.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno itu juga memalukan dan mengaibkan parti.



“Dakwaan KJ (Khairy) bahawa Dewan Perhimpunan Agung Umno hari ini dipenuhi perwakilan import adalah tidak benar sama sekali.

“Jadi saya minta Lembaga Disiplin Umno ambil tindakan kepada KJ yang semberono mengeluarkan kenyataan berniat jahat ini. Saya akan buat aduan rasmi dan saya berharap KJ boleh digantung daripada ahli Umno kerana kenyataanya sangat memalukan Umno dan aib,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di laman media Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Mengenai dakwaan tag di kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan Umno sudah ditanggalkan, Jamal menafikan dakwaan itu dan berkata, tidak menyedari terdapat tag di kerusi.



Beliau yakin perbuatan itu sengaja dilakukan pihak berkenaan bagi menimbulkan huru-hara.

Terdahulu, Khairy mendakwa wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Khairy mendakwa, tag di kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan Umno sudah ditanggalkan ketika ini sebagai usaha membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Isham Jalil menafikan dakwaan itu dan berkata, Khairy pastinya mengetahui setiap perwakilan di dalam Dewan Merdeka. HM



Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker