1 kilometer untuk ke tandas

1 kilometer untuk ke tandas

Kuala Terengganu: Ketiadaan tandas awam di medan selera Tanjung di Dataran Syahbandar di sini, menyebabkan kawasan persinggahan utama pelancong daripada dalam dan luar negara untuk menjamu selera, suram.

Tinjauan mendapati hanya terdapat satu tandas awam bertaraf eksklusif yang terletak kira-kira satu kilometer (km) daripada medan selera berkenaan.

Keadaan itu menyukarkan pengunjung jika perlu ke tandas terutama mereka yang mempunyai anak kecil.

Tinjauan juga mendapati terdapat 70 gerai makanan dan minuman disediakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di medan selera yang terletak di tebing muara Sungai Terengganu itu.

Seorang peniaga, Nik Ramzi Salleh, 48, berkata, medan selera Tanjung menjadi pilihan utama pengunjung untuk menikmati makanan dan minuman termasuk pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan tandas awam menyebabkan kawasan itu suram kerana ramai pengunjung merungut mereka berdepan kesukaran terutama kanak-kanak untuk membuang air kecil.

“Kita dimaklumkan medan selera ini dalam proses pemindahan, tetapi ketiadaan kemudahan itu menyukarkan pelanggan.

“Jadi, kami meminta kerajaan menyediakan tandas awam sementara untuk kemudahan pengunjung,” katanya yang mewakili 70 peniaga kedai makan di kawasan itu,

Difahamkan, medan selera Tanjung itu dalam proses pemindahan ke sebelah utara di Hulu Takir.

Bagaimanapun, projek pembinaan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta tertangguh disebabkan pertukaran Kerajaan Pusat.

Sementara itu, seorang pengunjung medan selera Tanjung, Farah Nasuha Ramli, 27, berkata, ketiadaan tandas awam di kawasan berdekatan menyukarkan pengunjung untuk membuang air kecil.

Menurutnya, walaupun medan selera itu akan diroboh dan dipindahkan ke lokasi lain, tetapi pembinaan tandas sementara amat diperlukan bagi memberi kemudahan pengunjung.

“Memang ada tandas awam, tetapi jaraknya terlalu jauh dan menyukarkan kami,” katanya.

Seorang pengunjung, Mohammad Ridwan Hamzah, 68, dari Kampung Hiliran, berkata, sebelum ini terdapat tandas berhampiran medan selera itu, tetapi dirobohkan berikutan kawasan berkenaan terbabit dengan projek pembinaan sebuah pasar raya.

“Terdapat dua tandas awam yang terletak masing-masing terletak kira-kira satu kilometer daripada medan selera Tanjung dan jaraknya yang jauh menyukarkan pengunjung terutama yang membawa anak kecil untuk menggunakan kemudahan itu,” katanya. HM

1 kilometer untuk ke tandas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker