Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi

Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi

“Tsunami hijau” PAS akan terus membesar jika Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berterusan menuduh pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengan tuduhan tidak berasas, kata Pengerusi PN Kedah, Sanusi Md Nor.

Rafizi dalam ucapan di Konvensyen PKR semalam menuduh PAS menang besar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana faktor wang dan Sanusi menggunakan “formula sampah” di Kedah yang tidak akan bertahan lama.

Mengulas kenyataan Rafizi itu, Sanusi berkata “formula sampah” serupa menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hampir dihapuskan di Kedah dalam PRU15.

Sanusi yang juga menteri besar Kedah, PRU15 juga menyaksikan pengundi keluar beramai-ramai dan menghukum PH apabila mereka kalah 14 daripada 15 kerusi Parlimen.

“Bagi Rafizi, beliau dan PH tak pernah salah, sempurna dan sentiasa benar dalam semua hal.

“Sebenarnya, tiada siapa menolak PH dan BN kerana politik wang.

“Tuduhan Rafizi itu umpama menuduh pengundi tidak bijak. Beliau telah menghina pengundi,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata, sekiranya Rafizi terus dengan penipuan dan sikap bongkak, “tsunami hijau” yang berlaku pada PRU15 akan terus membesar sehari demi sehari setiap kali Rafizi membuka mulutnya.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya kebangsaan PAS berkata, pengundi kini sudah bijak untuk menilai calon dan parti berasaskan prestasi bukannya bergantung kepada cakap-cakap dan retorik.

“Jika masalah telur dan ayam masih gagal diuruskan apatah lagi harga minyak yang sentiasa dijanjikan akan diturunkan tetapi tidak turun.

“Rafizi akan menjadi punca PH dihukum dalam PRN di enam negeri dan PRU16 nanti,” katanya.

Kata Sanusi, PAS akan terus menjadi parti “tin Milo”, tidak seperti PKR yang ditaja tauke besar, kempen naik helikopter.

Sanusi itu merujuk kenyataan Rafizi semalam bahawa dana PAS kini semakin susut selepas berbelanja mewah dalam PRU15 untuk menarik pengundi.

Kata Rafizi, PAS akan kembali kepada cara lama untuk mengutip dana menggunakan “tin Milo” di ceramah.

“Raja politik wang Rafizi pun tahu siapa, beliau sedang bersekedudukan dengan mereka (dalam kerajaan) sekarang ini,” katanya. FMT

Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker