UMNO tidak pernah bersedia, dulu kini dan selamanya

APABILA bercakap tentang politik Malaysia, tidak boleh tidak, UMNO pasti akan menjadi salah satu topik perbualan. Lagi pula minggu ini berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2022. Maka hampir semua platform media penuh de­ngan cerita-cerita UMNO.

Yang paling hangat sudah tentulah sama ada akan ada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, dan satu lagi adalah gesaan supaya UMNO perlu sedia untuk berubah jika mahu diterima rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lima tahun lagi.

Bab pertandingan itu mungkin sudah jelas. Namun bab UMNO perlu sedia untuk berubah itu sudah menjadi retorik yang diulang siar pada setiap kali perhimpunan.

Daripada zaman penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, hingga kepada kali pertama UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada tahun 2013 dan seterusnya kalah buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun pada 2018. Seruan supaya UMNO sedia berubah bergema di merata dewan dan di merata persidangan.

Sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri mahupun nasional, seruan supaya UMNO kena sedia berubah sentiasa berkemundang. Tetapi adakah UMNO berubah atau sedia untuk berubah? Rasanya tidak. UMNO kekal dengan cara lama yang menyebabkan rakyat bawahan semakin menjauhkan diri.

Seperti kata seorang sahabat dari kampung, fiil orang UMNO ialah baru jadi ahli jawatankuasa (AJK) cawangan sudah berlagak dengan orang kampung. Apa lagi kalau sudah jadi AJK bahagian atau peringkat negeri. Lagaknya semacam, sebab itu orang meluat. “Siapa nak undi orang macam itu punya timing,” kata sahabat tersebut.

Akibatnya parti terbesar orang Melayu itu sedang dihukum oleh oleh dosa-dosa pemimpinnya sendiri. Dosa-dosa ketamakan, kerakusan dan pengkhianatan sesama sendiri. Penolakan rakyat terhadap UMNO boleh dilihat pada setiap pilihan raya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam temu bual dengan UMNO Online berkata, kesan penolakan itu telah lama dirasai ini UMNO.

Contohnya kata beliau pada PRU12 tahun 2008, UMNO/BN dapat 142 Parlimen. Pada PRU13 merosot kepada 132. Kemudian jatuh merudum pada PRU14 apabila hanya mendapat 54 kerusi. Terbaharu pada PRU15 sekadar 26 kerusi Parlimen.

Kalau UMNO terus tidak bersedia untuk berubah tidak mustahil satu hari nanti parti yang mempunya 3.4 juta ahli ini langsung tidak wakil dalam Parlimen. Sedangkan contoh bagaimana untuk berubah itu sudah ada.

Ramai yang bertanya bagaimana UMNO/BN boleh menang di Parlimen Titiwangsa, iaitu satu-satunya kerusi Parlimen dalam Kuala Lumpur yang dimenangi parti itu. Jawapannya adalah kerja keras dan sentiasa malakukan perubahan. Jadi, untuk kekal relevan dalam politik Malaysia UMNO bukan sekadar perlu bersedia, tetapi kena berubah.

Seperti kata Johari, ini bukan perkara yang boleh dibuat dalam satu hari, dua hari atau seminggu. – UTUSAN

  • Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker