Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang

Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang

WASHINGTON – Sebuah sekolah di Amerika Syarikat (AS) berdepan gelombang kemarahan orang ramai kerana menganjurkan lawatan pelajar ke sebuah restoran yang mengadakan aktiviti tarian tiang, lapor akhbar Daily Star.

Anggota kelab pancaragam dan orkestra gred enam Sekolah Komuniti Rochester dibawa ke restoran Niki’s Pizza di Detroit selepas persembahan Orkestra Simfoni Detroit.

Selepas kes itu tular, pihak sekolah menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap seorang individu kerana mendedahkan lawatan tersebut.

Lelaki bernama Andrew Weaver mengulas mengenai keputusan sekolah itu dalam satu hantaran di laman Facebook.

“Pelajar dipindahkan dari Niki’s Pizza kerana kekurangan ruang dan mereka dibawa ke ruang lounge di mana mereka mencuba tarian tiang,” demikian ulasan Weaver.

Wakil Sekolah Komuniti Rochester, Lori Grein bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan, Grein berkata: “Cadangan lawatan lapangan dinilai oleh pasukan kurikulum dan memerlukan slip kebenaran ibu bapa/penjaga.

“Keselamatan pelajar, kakitangan dan komuniti sekolah sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pemilik Niki’s Pizza, Agatha Kefallinos berkata: “Biasanya apabila menerima kumpulan pelanggan lebih daripada 100 orang, kami memberi mereka pilihan untuk pergi ke tingkat dua yang dikendalikan sebagai sebuah kelab pada malam Sabtu tetapi ditutup pada siang hari.

“Kami telah melakukannya selama 20 tahun. Kami mempunyai berpuluh-puluh kumpulan sekolah, dan tidak pernah ada isu,” jelasnya.

Kefallinos menambah, tiang-tiang itu hanyalah sebahagian daripada hiasan di restorannya, lapor akhbar New York Post. K Online

Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker