PM tolak cadangan Pengeluaran KWSP, mahu cari jalan lain

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas.

Anwar berkata adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terkesan serta kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil dan jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi, ia akan memberikan kesan kepada masa depan pencarum itu sendiri.

“Terlalu kecil… saya periksa jumlah simpanan kebanyakan pencarum jumlahnya sangat rendah, jadi saya bimbang tentang masa depan mereka, jadi lebih baik kerajaan cari jalan untuk bantu mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Perlis di Kangar, hari ini.

Semalam, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara sekali bayar antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah langkah penyelesaian jangka pendek supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Sementara itu, semasa diminta mengulas mengenai projek pembangunan di Perlis, perdana menteri berkata kerajaan akan meneliti semua projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) selepas Bajet 2023 dibentangkan 24 Feb ini.

“Soal projek itu kita bincang dengan koridor utara. Menteri besar pun telah menghantar senarai beberapa projek yang disebut Pelabuhan Sanglang, Perlis Inland Port, keterjaminan makanan, itu hal-hal yang kita beri tumpuan, tetapi lebih baik kita dengar dengan lebih teliti dalam mesyuarat koridor selepas bajet nanti,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker