Isytihar aset kepada Parlimen, bukan SPRM

 

PETALING JAYA: Aktivis anti-rasuah mahu kerajaan memastikan pengisytiharan aset milik menteri dan Ahli Parlimen diteliti badan Parlimen bukannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Edmund Terence Gomez yang juga bekas ahli panel pemantau SPRM berkata, semua Ahli Parlimen dan menteri mesti diwajibkan mengisytiharkan harta kepada badan itu.

Demi memastikan pengisytiharan itu mencapai matlamat, beliau memberitahu FMT Parlimen perlu diberikan kebebasan lebih besar daripada cabang eksekutif kerajaan.

Ini dapat dilakukan dengan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, yang dimansuh pada 1992. Akta itu memberi kuasa autonomi kepada Parlimen menggariskan dasarnya sendiri dan mempunyai kebebasan kewangan daripada eksekutif.

“Parlimen sepatutnya lebih bebas dan perlu ada badan dalam Parlimen mengenai pendaftaran aset,” katanya.

“Orang awam perlu dibenarkan menyemak pengisytiharan aset ini pada bila-bila masa dan dokumen berhubung itu perlu dikemas kini setiap enam bulan.”

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan pemimpin politik termasuk yang menjadi menteri membuat pengisytiharan aset secara telus bagi mengelak ia dijadikan “gimik politik”.

Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan SPRM untuk memastikan proses pengisytiharan aset menteri lebih telus dengan menetapkan parameter yang betul.

Gomez berkata, beliau terkejut terhadap keputusan Anwar mempertimbang meletakkan pengisytiharan harta bawah kawal selia SPRM, yang mana ketua pesuruhjayanya, Azam Baki, pernah didakwa memiliki sejumlah saham korporat tanpa melakukan pengisytiharan.

“Ia kelihatan janggal di mana kita mempunyai ketua pesuruhjaya yang didakwa tidak mengisytiharkan harta, namun kini bertanggungjawab memastikan Ahli Parlimen melakukan perkara sama,” katanya. “Kita tidak boleh mempunyai sistem yang mana SPRM diberikan kuasa itu.”

Tahun lalu, Azam berkata, dakwaan itu dibuat untuk mewujudkan gambaran negatif terhadapnya.

Gomez juga berkata, pengisytiharan harta bukan sahaja melibatkan Ahli Parlimen, menteri dan timbalan menteri, malah ahli keluarga terdekat.

Katanya, perdana menteri perlu berani memecat ahli Jemaah Menteri yang gagal mengisytiharkan harta mereka.

Seorang lagi aktivis, Pushpan Murugiah yang juga ketua pegawai eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), berkata pihak yang gagal melakukan pengisytiharan harta patut didenda.

“Penalti atau denda perlulah signifikan demi memastikan mereka tidak sekadar membayar denda semata-mata dan kemudian enggan mengisytiharkan harta masing-masing,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker