Terdesak sangat ke? – Rosyam Nor

Terdesak sangat ke? – Rosyam Nor

Siapa di sebalik akaun Tik Tok berkenaan?

“Terdesak sangat ke hendak mendapatkan ‘like’ dan ‘followers’?” kata Datuk Rosyam Nor.



Rosyam meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa melanggar privasi keluarganya.

Menurutnya, dia sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung akaun terbabit.

“Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya hantar, tinggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat mereka?

“Saya tidak suka dan kurang gemar dengan apa yang berlaku ini. Selama ini, saya tidak pernah muat naik gambar isteri dan anak-anak bagi menghormati privasi mereka.



“Malah, media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain Rosyam, beberapa akaun Tik Tok turut memuatkan gambar keluarga Faizal Hussein, Farid Kamil dan banyak lagi.

Menerusi akaun berkenaan, pelakon lelaki ini menzahirkan ucapan penghargaan buat isteri mereka.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Duan Nago Bogho di GSC, Starling Mall, baru-baru ini.



Selain Rosyam, filem arahan Sabri Yunus itu dibintangi Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan dan ramai lagi.

Duan Nago Bogho yang mengangkat kisah anak seni tradisional Kelantan Mak Yong, menemui penonton di pawagam di seluruh negara mulai esok. – HM

Terdesak sangat ke? – Rosyam Nor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot



Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker