Nur Jazlan menempelak Hasni

Nur Jazlan menempelak Hasni

JOHOR BAHRU: Ketetapan UMNO Johor yang mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertanding, tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat peringkat negeri.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, meyifatkan tindakan Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor itu sebagai tidak demokratik berikutan ketetapan itu tidak pernah dibincangkan.

Nur Jazlan turut mempersoal tindakan Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam yang sebelum ini mengambil sikap membisu, namun tiba-tiba bersuara kebelakangan ini.

“Selama ini dia (Hasni) hanya ambil sikap kunci mulut dan tak keluarkan kenyataan apa-apa pasal pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Namun, selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru berani bersuara.

“Tahu-tahu saja, wakil UMNO Johor, Datuk Pandak Ahmad ketika berucap ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden dengan tegas mengatakan UMNO Johor mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertanding.

“Setahu saya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Johor, kami tak pernah pun dipanggil mesyuarat oleh Pengerusi UMNO Johor (Hasni) untuk berbincang mengenai ketetapan UMNO negeri mengenai isu berkenaan.

“Mengapa keputusan dibuat tanpa berbincang atau maklumkan kepada pucuk pimpinan UMNO Johor yang lain. Adakah tindakan itu juga boleh dianggap sebagai demokrasi?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, perwakilan UMNO dari Johor dilaporkan melahirkan rasa pelik apabila usul tambahan mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding yang dibawa oleh perwakilan Negeri Sembilan boleh diterima dan dibahaskan.

Jurucakap UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad, dilaporkan berkata, mungkin parti itu kini menjadi ‘pasti asal boleh’.

Usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang seterusnya diluluskan pada PAU 2022.

Ahad lalu pula, Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor dilaporkan menegaskan, tidak wajar untuk menghalang mana-mana ahli parti itu untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, walaupun ketetapan sudah dicapai dalam PAU 2022.

Hasni dilaporkan berkata, ini berikutan kaedah usul tambahan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding ketika PAU 2022, melanggar perlembagaan parti.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua Bahagian UMNO Pulai turut mempertikai alasan wakil Johor kononnya jika jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertanding, ia akan memberikan persepsi negatif kepada orang luar.

Katanya, rakyat akan menuduh UMNO tidak mengamalkan demokrasi dan mungkin menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong UMNO. BH

Nur Jazlan menempelak Hasni

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker