Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Seri Petaling, di sini, yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak.

Polis memberitahu, setakat ini, kedua-dua pihak masih belum tampil membuat laporan polis.

Menurut kenyataan yang dikongsi di Facebook Polis KL, pihaknya juga sedang mengesan pemilik video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan untuk tampil membantu siasatan.



“Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat,” kata kenyataan itu di sini, pada Rabu.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh.

Akibat geselan itu, kanak-kanak terbabit tercampak di jalan raya manakala penunggang motosikal itu merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh.

Keadaan kesemua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker