Penubuhan Majlis Ulama UMNO, ini komen Murshidul Am PAS

PETALING JAYA: PAS amat mengalu-alukan penubuhan majlis ulama dalam Umno, kerana ia mampu merapatkan hubungan kedua-dua parti.

Mursyidul Am Hashim Jasin berkata hubungan kedua-dua parti itu akan boleh dirapatkan melalui program berlandaskan Islam yang melangkaui perbezaan politik.

“Kalau dia buat program apa pun, sama ada untuk parti atau rakyat, program itu akan berlandaskan agama contohnya sambutan Maulidur Rasul. Saya rasa tak ada sebab kalau tak undang PAS.

“Saya mengalu-alukan kerana kita fikir ke arah perpaduan,” katanya kepada FMT.

Malah, beliau langsung tidak menganggap majlis ulama Umno sebagai pesaing kepada majlis syura ulama PAS.

“Kita terbuka dengan agenda perpaduan ummah, sampai sekarang.

“Kalau penubuhan dan matlamat dia sama, tak jadi halangan bagi PAS untuk menyokong; untuk mencadangkan sesuatu aktiviti yang menguntungkan kedua-dua pihak.”

Umno baru-baru ini mengumumkan penubuhan majlis ulama untuk membimbing parti, serta mengukuhkan usaha dakwah dan pentarbiyahan ahli.

Bekas yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah, Dusuki Ahmad dilantik sebagai pengerusi, dan dibantu oleh bekas setiausaha majlis syura ulama PAS, Khairuddin Aman Razali.

Pembentukan majlis itu pertama kali dicadangkan pada perhimpunan agung parti 12 tahun lalu.

Ditanya sama ada PAS akan mengundang majlis ulama Umno ke program anjuran PAS, Hashim berkata hal seperti itu bukan luar biasa di peringkat akar umbi kedua-dua parti.

“Di peringkat akar umbi dah elok. Orang Umno hadir dalam majlis PAS, orang PAS pun sama. Peringkat bawah OK dah.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker