‘Virus’ serang sesama sendiri susahkan Kerajaan Perpaduan – Shabery

‘Virus’ serang sesama sendiri susahkan Kerajaan Perpaduan – Shabery

Tindakan beberapa pemimpin parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang mula menyerang sesama sendiri kini menjadi ‘virus’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, tindakan sama dibuat oleh golongan ini yang sama seperti dalam Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) akan memberi kesan kepada kerajaan.

“Virus yang menyerang kerajaan PH 22 bulan dulu ialah suka mengata sesama sendiri secara terbuka. Tak jumpa jalan saluran dalaman. Virus begini belum ditemui vaksin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shabery yang juga bekas menteri Barisan Nasional (BN) merujuk kepada kenyataan dua pemimpin daripada PKR dan DAP.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan BN dan UMNO yang terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah sebagai virus.

Beliau berkata, virus berkenaan sedang menjangkiti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan PH.

“Tiada vaksin untuk menawar racun toksid ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkata, keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dilihat menjadi ‘beban’ kepada parti itu dan PH.

Keputusan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kata beliau, hanya memberi kelegaan sementara kepada Ahmad Zahid, namun ia seolah-olah menjadi duri dalam daging dalam gabungan itu.

Justeru itu, Shabery berkata, zaman mengkritik seperti itu sepatuitnya perbuatan pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) dan bukannya parti dalam gabungan kerajaan.

“Susah semua ni. Kena ada formula yang betul dan kena kerja kuat, kurang cakap. Bukan cari fasal dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam kerajaan. Jambatan segera pakai besi.

“Banyak skru. Kalau tercabut, cepatlah runtuh. Nak buat yang konkrit makan masa,” katanya sinikal. MG

‘Virus’ serang sesama sendiri susahkan Kerajaan Perpaduan – Shabery

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker