Anwar lancar slogan ‘Membangun Malaysia Madani’

Anwar lancar slogan ‘Membangun Malaysia Madani’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan slogan baharu “Membangun Malaysia Madani” dalam usaha membina masa depan negara.

Madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.



Ia juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai murni kekeluargaan, dan kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat.

Pada terasnya, slogan Madani mencerminkan kepercayaan dijalin antara kerajaan dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.

“Agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa tetapi menyentuh pencorakan masa depan negara.

“Ini sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat selepas wacana “Membangun Malaysia Madani” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



Sebelum ini, “Keluarga Malaysia” adalah slogan diperkenalkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob. FMT

Anwar lancar slogan ‘Membangun Malaysia Madani’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan



Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker