Tayang badan, bukan buat adegan panas – Ikmal

Tayang badan, bukan buat adegan panas – Ikmal

Biarpun dilihat tayang badan, pelakon Ikmal Amry, 28, tidak terbabit adegan panas dalam filem bergenre seram yang mencetuskan kontroversi, Pulau.

Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali itu mengakui, dia mengetahui filem Pulau menampilkan adegan panas, namun bukan pelakon yang menjayakannya.

“Awal-awal lagi saya akan tolak jika terbabit dengan adegan panas. Saya sudah berkahwin, lagi pun, isteri sedang hamil ketika penggambaran filem ini.

“Takkanlah saya nak buat babak sedemikian. Saya terima tawaran disebabkan bergandingan dengan rakan yang saya kenal, Amelia Henderson dan Alif Satar.

“Bila baca skrip, babak saya tiada kaitan dengan adegan panas. Saya hanya buka baju ketika babak berendam di pulau, itu sahaja,” katanya kepada BH Online.

Ikmal ditemui majlis pra pelancaran dan sidang media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Mengulas adegan buka baju, Ikmal berkata, babak itu bersesuaian dengan jalan cerita dan lokasi penggambaran.

“Daripada filem Rasuk saya sudah buka baju. Tetapi, bukanlah terlalu terbuka, saya tayang badan bila perlu.

“Takkan setiap adegan saya nak buka baju. Contohnya, jika babak berjalan di hutan. Kalau adegan mandi di kolam renang, saya kenalah buka baju.

“Tetapi, apapun saya tengok keadaan macam mana,” katanya.

Bagaimanapun, Ikmal berkata, penonton boleh memilih untuk tidak menonton sekiranya kurang selesa dengan adegan panas dalam filem Pulau.

“Bagi sesiapa tak selesa, tak perlulah tengok. Anda perlu bayar untuk menonton, jadi tak payah membeli tiket untuk menonton.

“Tiada sesiapa memaksa anda menonton, jadi kalau tidak bersetuju dengan cerita itu, tak perlulah tengok.

“Saya hanya melakukan kerja, kalau anda mahu menyokong, tengoklah lakonan saya. Jangan hakimi adegan yang saya tidak terbabit.

“Kalau cerita itu bagus, boleh kongsi. Sekiranya tidak, diam sahaja,” katanya.

Terdahulu, sebaik trailer filem Pulau yang mengisahkan kembara sekumpulan anak muda ke sebuah pulau berhantu dimuat naik di YouTube, lima hari lalu, laman sembang kecoh dengan kritikan netizen yang mempersoalkan bagaimana naskhah arahan Euho itu lulus tayangan pawagam.

Rata-rata netizen terkejut dengan paparan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini dan adegan intim ala Hollywood, malah, ada yang mengklasifikasikan naskhah terbabit sebagai ‘soft porn’ yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan nilai moral bagi filem tempatan. BH

Tayang badan, bukan buat adegan panas – Ikmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker