KPM akan ganti semula Wang Bantuan Awal Persekolahan yang dilarikan penjenayah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan wang peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dilarikan penjenayah dalam satu kejadian di pekan Semenyih, Isnin lalu, akan diganti dan diagihkan kepada murid sebelum sesi persekolahan bermula Mac depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengakui ralat dengan kes kehilangan wang itu, berkata KPM sedang menunggu kelulusan dan jawapan daripada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai gantian tersebut.

“Duit yang hilang itu akan diganti. Jangan risau, itu hak anak-anak. Kita ralat dan kesal dengan kejadian ini berlaku tetapi pastinya keutamaan adalah hak anak-anak ini yang kita mesti serahkan kembali hak mereka,” katanya dalam sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga kementerian, di sini, hari ini.

Beliau berkata guru besar sekolah berkenaan juga akan disiasat mengikut tatatertib penjawat awam kerana berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kewangan sewaktu pengeluaran wang BAP.

KPM menyerahkan kepada polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi menyiasat insiden berkenaan, katanya, JPN Selangor juga sudah bertemu dengan guru besar berkenaan dan akan mengumumkan hasil siasatan itu kemudian.

Pada Isnin lalu, dilaporkan wang tunai BAP berjumlah lebih RM100,000 dikeluarkan seorang guru besar dilarikan penjenayah di pekan Semenyih. Wang itu dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah secara bersendirian.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina menyeru orang awam atau guru supaya tidak berkongsi atau tularkan kejadian kes pergaduhan melibatkan pelajar, sebaliknya melindungi golongan tersebut bagi membantu membentuk ekosistem sihat dan selamat.

“KPM memegang teguh perlindungan kanak-kanak dari segi identiti dan sekolah kerana kejadian yang viral akan memberi kesan panjang,” katanya.

Ditanya mengenai kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Sabah semalam, Fadhlina berkata JPN Sabah telah diarah mengambil tindakan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker