KWSP jadi cagaran rumah

KWSP jadi cagaran rumah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi meyakinkan pihak institusi perbankan untuk membantu pencarum yang menghadapi masalah kewangan termasuk beban hutang, kata pakar ekonomi.

Langkah itu antara pendekatan alternatif boleh dilakukan KWSP selain membenarkan pengeluaran wang tunai kepada pencarum seperti dilaksanakan kerajaan sebelum ini.



Pakar Ekonomi University College i-CATS Kuching, Shazali Abu Mansor, berkata untuk tujuan itu kerajaan perlu berbincang dengan pihak bank bagi menangani masalah kewangan yang meresahkan rakyat, sehingga timbul desakan supaya wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi.

“Kalau kerajaan boleh arahkan bank bantu mereka yang mengalami masalah hutang itu adalah lebih baik kerana sikap sesetengah bank yang tegas menyukarkan rakyat dan pihak bank perlu tahu, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan pandemik Covid-19 dan bukannya rakyat.

“Dengan menjadikan wang simpanan di KWSP sebagai cagaran, ia akan membantu rakyat, pada masa sama (rakyat) boleh mengambil tempoh cagaran itu sebagai waktu untuk mereka bangun semula dan membina kewangan yang kukuh sedikit demi sedikit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) seharusnya turut menjaga kebajikan peminjam serta diberi keutamaan dan bukan hanya menjaga kepentingan institusi bank.



“Di mana peraturan yang boleh dilonggarkan, hendaklah dibenarkan seperti membenarkan pelanggan yang berada dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau disenarai hitam membuat penstrukturan pinjaman atau fleksibelkan mengikut kemampuan mereka dalam mengatasi masalah kewangan, ini yang kebanyakannya dihadapi oleh usahawan,” katanya.

Kurang kadar caruman

Senada dengan Shazali, Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Adilah Azhari, berkata KWSP juga boleh mengurangkan kadar caruman supaya pencarum mempunyai wang lebih untuk membayar hutang dan keperluan asas lain.

“Cadangan pengurangan pemotongan caruman ini boleh dijalankan dalam beberapa bulan, contohnya selama 12 bulan dan ini akan memberi ruang kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka kerana caruman itu adalah mandatori.



“Contohnya bagi mereka yang mempunyai baki caruman bawah RM10,000, mungkin boleh (potongan caruman) serendah 4.5% manakala yang lebih RM10,000 dalam 8%,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata jika pengeluaran KWSP dibenarkan sekali lagi ia perlu terus dikreditkan kepada bank untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak atau sekurang-kurangnya melaraskan pembayaran bagi mengelak daripada muflis.

“Ini boleh dilakukan untuk memberi nafas baharu kepada mereka yang terkesan…atau pun diamanahkan kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memastikan segmen ini khusus kepada yang mempunyai hutang bank supaya dijadualkan semula,” katanya. FMT

KWSP jadi cagaran rumah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker