Gempa bumi magnitud 7 landa Sulawesi

Gempa bumi magnitud 7 landa Sulawesi

MANADO: Gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan pulau Sulawesi, Indonesia, menyebabkan penduduk di beberapa bandar bertempiaran lari menyelamatkan diri, dengan gegaran dirasakan sehingga ke Filipina.

Namun, agensi geofizik Indonesia memaklumkan gempa bumi itu tidak mencetuskan risiko tsunami, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Amerika Syarikat (AS) turut membatalkan amaran awal risiko tsunami yang dikeluarkan.



Menurut agensi geofizik Indonesia, pusat gempa bumi itu dikesan pada kedalaman 64 kilometer (km) dan terletak 141km ke tenggara bandar Melonguane, dengan 10 gempa susulan direkodkan.

Seorang penduduk di Manado, ibu negeri Sulawesi Utara, memaklumkan gempa itu terasa sangat kuat selama beberapa saat dan orang ramai dilihat bertempiaran lari keluar daripada bangunan, sebelum masuk semula tidak lama kemudian.

Polis Sulawesi Utara berkata, tiada sebarang kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Gempa bumi itu turut dirasai di kepulauan Maluku, kata agensi geofizik Indonesia, yang menyusuli gempa terdahulu berkekuatan enam yang menggegarkan barat daya Manado.



Pada masa sama, agensi seismologi Filipina turut memaklumkan gempa berkenaan dirasai di selatan negara itu dan mengeluarkan amaran risiko kerosakan serta gempa susulan.

Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, menjadikannya antara rantau yang memiliki aktiviti seismik paling aktif di dunia, sekali gus kerap mengalami gempa bumi.

Minggu lalu, gempa berkekuatan 7.6 menggegarkan kepulauan Tanimbar, Indonesia, namun hanya kerosakan kecil dilaporkan.

Gempa berkekuatan 5.6 pada 21 November tahun lalu pula meragut sekurang-kurangnya 331 nyawa di Jawa Barat, dengan kebanyakan mangsa terkorban akibat bangunan runtuh atau tanah runtuh akibat gegaran, sekali gus menjadi bencana gempa bumi terburuk di Indonesia sejak 2018. BH



Gempa bumi magnitud 7 landa Sulawesi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker