Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar

Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri yang menerima bonus akan dikecualikan daripada cukai.

Beliau berkata, ini terpakai bagi semua perkhidmatan awam di semua negeri.



“Bonus yang diberikan kerajaan negeri itu tertakluk kepada cukai tetapi atas desakan yang saya fikir munasabah, bonus itu tidaklah tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, turut diumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi membangunkan kemudahan dan meningkatkan keselamatan di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia.

Anwar berkata, kemudahan itu melibatkan tambahan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), pos kawalan polis dan tentera, serta prasarana jalan raya dalam usaha meningkatkan capaian antara dua negara susulan pembukaan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan.

“Kita putuskan peruntukan tambahan CIQ, keselamatan sempadan dan meningkatkan keupayaan kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor di Kuching.



“Kita tidak mahu dilihat terlalu daif. Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan awal sebanyak RM1 bilion untuk memulakan kerja dalam tempoh segera.” FMT

Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”



Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker