RM1 bilion diperuntukkan bangun prasarana sempadan Malaysia-Indonesia

RM1 bilion diperuntukkan bangun prasarana sempadan Malaysia-Indonesia

Peruntukan berjumlah RM1 bilion diluluskan bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan.



Menurutnya, pembangunan di kawasan sempadan Sarawak yang berdekatan dengan Nusantara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta, minggu lalu.

“Dalam pertemuan itu dibincangkan mengenai pembangunan ibu kota baharu Indonesia yang berdekatan sempadan Sarawak dan sebahagiannya di Sabah.

“Justeru kita putuskan untuk memberi peruntukan tambahan bagi penyediaan ICQS dan keselamatan seperti polis dan tentera serta menyediakan prasarana asas seperti jalan raya kerana kita tidak mahu dilihat terlalu daif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.



Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar berkata, berikutan itu Kementerian Kewangan sudah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM1 bilion bagi memulakan kerja pembangunan pos kawalan sempadan itu dalam tempoh segera.

Pos kawalan sempadan itu dirancang dibina di Tapak Megah yang terletak di pedalaman Baleh dalam Bahagian Kapit.

Mengenai hasil mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 itu, Anwar berkata, antara yang diputuskan untuk dilaksanakan ialah pelantikan wakil kerajaan Sarawak sebagai ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).



“Kerajaan Sarawak sudah agak lama meminta pelantikan itu dan atas kuasa sebagai Menteri Kewangan, saya melantik Setiausaha Kewangan Sarawak (Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar) berkuat kuasa hari ini.

“Pelantikan beliau dibuat berdasarkan syarat profesional serta pengalaman dan beliau sememangnya mempunyai kelayakan,” katanya.

Mengenai pemberian khas kepada Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, Anwar, berkata sebagai permulaan, Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar pemberian itu daripada RM16 juta setahun kepada RM300 juta setahun.



“Semangat pemberian khas itu melihat kepada kedudukan Sabah dan Sarawak yang mundur ketika pembentukan Malaysia (60 tahun lalu) dan pimpinan kita ketika itu memutuskan harus ada peruntukan namun sejam bertahun-tahun, Sarawak hanya diberi RM16 juta.

“Sebagai Menteri Kewangan saya sedar tentunya jumlah itu tidak munasabah dan pada peringkat awal ini kita naikkan RM300 juta sebagai satu sumbangan tetapi tertakluk kepada formula, tidak terikat pada RM300 juta itu sahaja kerana kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Mengenai status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, Anwar berkata, pindaan mengenai istilah itu harus dirujuk kepada Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

“Dalam MA63 yang dimeterai ketika penubuhan Malaysia, negeri-negeri Semenanjung adalah satu entiti wilayah, Sabah satu entiti dan Sarawak satu entiti.

“Pindaan istilah itu harus dirujuk kepada Raja-Raja Melayu dan saya hanya membuat perbincangan awal dengan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya.



Sementara itu, mengenai pemberian bonus oleh semua kerajaan negeri, Anwar berkata, ia dikecualikan daripada cukai Persekutuan. BH

RM1 bilion diperuntukkan bangun prasarana sempadan Malaysia-Indonesia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker