Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari

Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari

Tan Sri Abang Johari Abang Openg yakin pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mentadbir Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia.

Premier Sarawak itu berkata, dengan latar belakang politik yang disegani, Anwar, berkeupayaan menjadi Perdana Menteri yang akan meletakkan Malaysia sebagai negara tersohor dan dihormati.

Justeru katanya, sejurus Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Malaysia harus menubuhkan Kerajaan Perpaduan, November lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinannya memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menerajui kerajaan.

“Kita lihat penggal yang lepas, politik negara kita tidak aman dan kita terpaksa mencari jalan untuk menyatu padukan rakyat Malaydia.

“Sebab itu selepas pilihan raya yang lalu dan tercetus keadaan politik yang tidak menentu kita bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvenysen Borneo Kuching (BCCK);bagi meraikan lawatan rasmi pertama Anwar ke Sarawak sebagai Perdana Menteri.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan SriMohd Zuki Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Abang Johari berkata, turut menyifatkan pembentukan Kerajaan Perpaduan langkah tepat bagi mengembalikan kestabilan politik negara.

“Ini asas untuk kita bersama-sama bekerja membangunkan negara dalam keadaan yang stabil.

“Kami dalam GPS akan sentiasa berada di belakang Perdana Menteri untuk memastikan kestabilan berterusan,” katanya. BH

Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker