Suhaimi Sulaiman dilantik ketua pengarah penyiaran

Suhaimi Sulaiman dilantik ketua pengarah penyiaran

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada personaliti penyiaran Suhaimi Sulaiman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran yang baharu.

Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

“Insya Allah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia,” menurut catatan itu.

Suhaimi, 61, merupakan pemegang sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai ketua pegawai eksekutif dan ketua pengarang Astro Awani pada 2017 dan pengerusi Bernama pada 2020. FMT

Suhaimi Sulaiman dilantik ketua pengarah penyiaran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker